Sunday, May 25, 2008

Pembenihan

Mak Aih.. pembenihan yang paling senang atas dunia adalah SERAI.. x caya tengok cuba dan bandingkan dengan nak wat pembenihan keli, bahan2 yang diperlukan untuk pembenihan ikan keli saja dh bukan main byk..aduuu
i.Induk yang telah matang.
ii.Hormon peransang (Ovatide dan Ovaprim)
iii. Tangki Induk
iv. Tangki pengeraman
v. Pengudaraanvi. Substrat pelekatan telur
vii. Bulu ayam
viii. Mangkuk bersih
ix. Air suling
x. Kain kasa
xi. Kanular
Lepas tu ada persenyawaan kering lagi, persenyawaan semulajadi lagi..macam2..
Dah2.. ni bukan nk cerita pasai keli atau nk komdem pasai pembenihan keli...tapi nk citer pasai serai jer...
Oraittt..pembenihan serai ni.. bahan dia adalah, serai yang betul2 matang..gua ulangi serai yang dah betul2 matang.. tu jerlah!!!..hehe..tuai serai, potong2 dia dn ikat2, susun tegak2..pas tu letak atas rumput , atau surat khabar atau tmpt yg lembab.. sentiasa siram bg sentiasa lembab.. 1-2-3 hari kuaq akaq..tanamlah apa lagi..jangan lama sgt ataih darat..mampus dia..

Klaw rasa malas sangat..(org cpt nk kaya biasanya malas, nk kerja minimun untung maksimun..hehe macam gua la tu..jangan menyusahkan org dahla!) .. terus korek lubang, bagi tanah lembab skit, pacak jerlah..tapi jgn lupa siram setiap hari selama 7 hari!!..penting tuuu!!

Tapi..tappii.. yang saya punya benih ni dia spesel skit sbb kita bg hormon sebelum pacak ke tanah nk kasi dia punya citral dalam serai tu lebih banyak..bukan lebih skit.. kang citer banyak2 ni banyak lak soalan dia..

Benih serai ni x leh duk lama2 kalau x cucuk dlam tanah.. dia akan kelayuan, kering dn mati.. jd jangan lama sangat, tanam cpt2, tau lah makin lama makin panjang akaq ngan pucuk dia, tapi lama-kelamaan leh mati tuu..

Wednesday, May 21, 2008

Serai kembali

Wahhh..lama betoi x post dalam blog ni..hampir dan nyaris2 terlupa password dah.. nasib baiklah ingatan masih baik.. jadi boleh lah sambung posting kt blog..

Serai tetap serai kerana serai adalah serai..

Yg citer dulu2 tu dah selamat dah, malaslah nk cerita lagi..Oleh kerana itu, sekarang ni.. kami duk tanam serai lagi, tp kali ni dengan skala besar lak, 141 ekar.. tapi x mampu lagi nak usahakan sampai banyak tu.. kami start ngan 2o ekar dulu.. tu pun jenuh gak klaw nak tanam sendiri, group makin besarlah untuk usahakan projek ni ..

Ladang ini ditanam dengan mempelam jenis ChokAnam, jadi sebagai penyeri kepada Chok Anam, kami tanam serai dicelah pokok ChokAnam ni..Mempelam jenis ni rendah jer jd cahaya matahari menyimbahlah ke pokok serai, serai memerlukan cahaya matahari yang banyak.

Bermulah satu episod penanaman serai lagi..panas terik dah jadi permainan pertanian, sapa takut hitam dan panas matahari ni, xyah lah nk cuba2..duk dlm ekon jerlah..hehe..tp bila nak maju, menghambakan diri kepada majikan (cabar tu!!).. bg saya, saya dh berhenti kerja dn full time serai skrg ni..duk dlm ekon susah nak sihat... kepala celaru..bos duk hentam terajang.. duk kt ladang hentam tanah.. leh gak kuar hasil...

Diteruskan penanaman serai ni...Tanah cam biasalah kena gembur dulu..cucuk pas tu tanamlah ikut teknik2 tertentu (cara nk tanam tgk kt sini http://www.kitonego.com/ klaw nk taw lebih lanjut).. pas tu siramlah ayaq beberapa hari bagi akar betul2 baikkkk punya pegang tanah..dan kompomkan semua benih hidup untuk penghasilan yang lumayan.. benih lak mesti bermutu baru terasa bersemangat nk tanam..

Sumber air banyak sangat sebab kt sini merupakan bekas lombong.. ikan telapia usah citer la..letak pancing jer terus sangkut..
Tempat ni canteeekk.. leh lepak, mkn buah mempelam (mintak ngan tuan dia dlu).. memancing ikan.. aktiviti separa lasak lah kiranya ni.
Sambil aktiviti santai serai ditanam dicelah pokok mempelam..semakin hari semakin besar dn berzat lak serai2 ni..hasil dia nnt kompom lah .. bukan nak kaya.. nak lebih dari kaya jer kita orang ni.. bukan tamak.. tapi tamak haloba jer... Tapi x apa, kami x ganggu orang, kami hanya berbudi kepada tanah dn semuga dpt berkat dari Allah ..Aminnn!!...