Sunday, May 25, 2008

Pembenihan

Mak Aih.. pembenihan yang paling senang atas dunia adalah SERAI.. x caya tengok cuba dan bandingkan dengan nak wat pembenihan keli, bahan2 yang diperlukan untuk pembenihan ikan keli saja dh bukan main byk..aduuu
i.Induk yang telah matang.
ii.Hormon peransang (Ovatide dan Ovaprim)
iii. Tangki Induk
iv. Tangki pengeraman
v. Pengudaraanvi. Substrat pelekatan telur
vii. Bulu ayam
viii. Mangkuk bersih
ix. Air suling
x. Kain kasa
xi. Kanular
Lepas tu ada persenyawaan kering lagi, persenyawaan semulajadi lagi..macam2..
Dah2.. ni bukan nk cerita pasai keli atau nk komdem pasai pembenihan keli...tapi nk citer pasai serai jer...
Oraittt..pembenihan serai ni.. bahan dia adalah, serai yang betul2 matang..gua ulangi serai yang dah betul2 matang.. tu jerlah!!!..hehe..tuai serai, potong2 dia dn ikat2, susun tegak2..pas tu letak atas rumput , atau surat khabar atau tmpt yg lembab.. sentiasa siram bg sentiasa lembab.. 1-2-3 hari kuaq akaq..tanamlah apa lagi..jangan lama sgt ataih darat..mampus dia..

Klaw rasa malas sangat..(org cpt nk kaya biasanya malas, nk kerja minimun untung maksimun..hehe macam gua la tu..jangan menyusahkan org dahla!) .. terus korek lubang, bagi tanah lembab skit, pacak jerlah..tapi jgn lupa siram setiap hari selama 7 hari!!..penting tuuu!!

Tapi..tappii.. yang saya punya benih ni dia spesel skit sbb kita bg hormon sebelum pacak ke tanah nk kasi dia punya citral dalam serai tu lebih banyak..bukan lebih skit.. kang citer banyak2 ni banyak lak soalan dia..

Benih serai ni x leh duk lama2 kalau x cucuk dlam tanah.. dia akan kelayuan, kering dn mati.. jd jangan lama sangat, tanam cpt2, tau lah makin lama makin panjang akaq ngan pucuk dia, tapi lama-kelamaan leh mati tuu..

4 comments:

Anonymous said...

takde berita pon?

Hizam said...

kat kedah benih serai cari kat mana

abdillah said...

kek mano lah tuan umah err ni. tokanan porasaan ko?

Nurul Afiqah Binti Ali said...

salam
may i get ur contact nmber or whatever address?