Saturday, January 19, 2008

Blum lapang lagi..

Hmm.. inilah jadinya klaw berusaha.. susah ke x susah ke, redah jer.. start pijak kaki melangkah masuk dah x leh nk gostan dah, jalan jer...
Kami ni ada cita2, ada impian, lantaklah klaw org nk kata kami ni angan2 mat jening, ada usahawan serai ni dah jadi jutawan pun..kenapa kita x boleh sedangkan dia boleh.. dia pun makan nasik macam kita gak.. dia pun ada 24 jam sehari gak.. klaw dia boleh berusaha, kita pun boleh gak..

Lapang rasa dada petang ni bila tengok tanah dah hampir terang benderang. Klaw masuk tanah ni dulu, redup jer, sekarang xder lagi dah.. panassssss.. hehe sesuai untuk serai dn x sesuai untuk manusia.. Gua pun dah jadi Itam.. hmm.. rambut dah jadi mengerbang..
Tp x per, yang pasti, skit masa lagi tanah ni akan jadi satu lautan serai yang kehijauan.. saujana mata memandang.. Wahai orang2 kampunggggg.. mai sini, kami ajaq tuan/puan semer tanam serai.. tanah yang semak ngan belukar ni kami akan jadi lautan duit.. 6-7 bulan lagi, korek2 jer duit, korek2 jer duit.. fuihhhh.. Nyesal la sapa yang x ikut jejak langkah kami.. gelak la lagi sekarang ni.. skit lagi kami lak nak gelakkan korang... hahaha..

Kawan pemandu kubota pun dah tersadai ataih keta kebal dia, penat tu.. siap leh berdengkur2 lagi..tanya dia xnak tolak lagi ker.. dia ckp esok2 la pulak, kang esok xder keja lak...hehehe... nak kena lah tu.. tp xper kawan nyer pasal, lantak lah...bagila peluang sekali-sekala..

Dh hampir terang dh tapak projek ni..puas hati, dari duk upah org tu..sesekali turun padang, rasa sendiri, barulah keringat mencurah ke bumi. Sonok lak rasa kerja camni..

Tanah lak, dah kena matahari, kering2 sikit, nampaklah dia nyer keanggunan ciptaan Allah yang tak ternilai.. Terasa kerdil sangat manusia ni, terasa hebat sangat Dia Maha Pencipta.. dari tanah ni lah akan menghasilkan tanaman untuk kehidupan umat manusia..

"Haluuu, tokey lu punya driver x der wat kerja la, dia tidoq ataih kubota dia..nnt kasi kurang upah taw..kami ingat maw tolak jer kubota tu masuk parit ngan driver2 sekali"... hehehe...
Gumbira sungguh rasa hati.. sesiapa yang ada minat mendalam bolehla cuba untuk bercucuk tanam ni..cuba tabur benih sendiri, cubalah leh tengok tangan kita tu 'sejuk' ke 'panas'.. kut2 manapun klaw letak benih dn penjagaan yang betul InsyaAllah akan berhasil, banyakkan usaha, berdoa dan tawakkal..Mudah-mudahan berjaya...

5 comments:

JasaBumi Agro said...

Bro
Cantek nampak tanah tu.... Berapa ekar nak ditanam serai nanti..? Belanja bersihkan tanah tu dah berapa?

Jaha said...

Tanah yang ni 3 ekar..semak ngan pokok kayu banyak..kos untuk bersih tanah skrg ni dah dekat 2K..banyak lagi kena buat tu.

Lepas yang ni clear kami proceed lg dengan 2 ekar kt N9..yg tu tanah dh clear..

Paipon said...

assallamualakum WB

saya tertarik dengan blog saudara mengenai tanaman serai. saya juga bercadang untuk tanam serai akan datang dan sedang meneliti kos, keuntungan, risko dan juga market. disini saya ingin dapatkan maklumat tentang pembeli serai tempatan dan luar negeri yang saudara maksudkan.
1. jika pembeli tempatan berapakah harga mereka ambil sekilo.
2. tuaian diambil sekali gus atau ada peringkat2.
3. pembayaran dilakukan tunai semasa tuaian atau ada tempoh tertentu.

untuk luar negeri pula cara berurusan dengan mereka bagaimana saudara lakukan pula.
1. delivery method dan cost
2. at least supplied serai dalam kuantiti yang macamana
3. payment

Jika tidak keberatan boleh saudara sertakan pembeli dalam/luar negeri ini untuk saya dapatkan maklumat dengan lebih lanjut.

Pertolongan dari saudara amatlah saya hargai dan Allah SWT membalas jasa baik.

Jaha said...

paipon..
sori terlambat sangat update.. bz sungguhhh2 ni..
bglah email leh saya reply soalan saudara tu.. atau masuk ke website saya www.kitonego.com???

Zalina said...

Assalamuailakum..

Bro..baru ni member ade ajak wat projek serai..so saya pun wat research dulu tentang serai nih.. pastu jumpa la blog bro ni..menarik gak rupanya tanaman serai ni..skang ni rase nak wat sendiri lak.. brape ek kos kalo nak wat 4 ekar tanah? sume kos la..kos bajak, anak benih, upah orang nak tanam, peralatan dll la..