Saturday, January 19, 2008

Magnetic Fuel Saver

NEO-DY SAVER

Neo-Dy Saver bertindak sebagai alat penjimat minyak dan mengurangkan pencemaran dengan menggunakan teknologi hidrodinamik magnetik yang melancarkan pembakaran minyak hidrokarbon. Dengan kata lain, ia menambah keberkesanan pembakaran bersih di dalam enjin dan juga mengurangkan pengeluaran asap merbahaya di samping meningkatkan prestasi enjin. Berkonsepkan ‘plug n play’, alat ini sungguh mudah dipasangkan pada kenderaan anda. Alat ini menggunakan prinsip pemangkin pengionan secara magnetik Kelebihan penggunaan Neo-Dy Saver:-

Jimat minyak, jimat wang, lebih km/liter (Km/liter/Kuasa) Perolehan lebih km/liter adalah kesan ketara peningkatan kuasa enjin. Akan tetapi jika kuasa tambahan itu digunakan untuk pecutan dan pemanduan laju, penjimatan minyak mungkin tidak tercapai.

Melancarkan enjin/Lebih mudah menghidupkan enjin Enjin yang lebih lancar merupakan salah satu kesan pertama yang dirasai pemandu; ini disebabkan oleh kesan pembakaran sempurna dan seimbang; dan di atas sebab yang sama, enjin lebih mudah dihidupkan.

Peningkatan prestasi enjin Muncung suntikan minyak menjadi lebih bersih semasa molekul oksigen dan hidrogen menerjah masuk ke ruang pembakaran, lantas mengeluarkan pengumpulan karbon di dalam enjin. Enjin lebih berkuasa, jangka hayat berpanjangan dan kos penjagaan kenderaan berkurang untuk jangka masa panjang.

Peningkatan tork Tork akan meningkat apabila enjin dipasang dengan alat ini. Bagi kenderaan turbo, pindahan kuasa daripada normal ke turbo menjadi lebih lancar dengan peningkatan tork.

Menghalang terjadinya lapisan kerak dan hakisan enjin Lapisan karbon yang terbina di dalam ruang pembakaran merupakan faktor utama pengurangan prestasi enjin. Lapisan kerak pada permukaan injap menjadikannya tidak rata lalu menghalang kelancaran kitaran minyak. Lapisan ini juga menyebabkan kurangnya kapasiti isipadu (c.c.) enjin. Alat ini membantu mengeluarkan kerak tersebut dan menjaga kebersihan enjin serta keasliannya.

Pengurangan 50% pencemaran karbon monoksida dan hidrokarbon Ujian telah menunjukkan alat ini mengurangkan kadar pencemaran karbon monoksida, karbon dioksida, hidrokarbon dan oksid nitrogen.

Kos penjagaan berkurang Dengan pembakaran sempurna, Neo-Dy Saver membantu mengurangkan penjagaan dan kadar penggunaan enjin serta memanjangkan tempoh penukaran palam pencucuh dan minyak enjin.

No comments: