Wednesday, January 16, 2008

Projek Serai Hijau - Penyediaan Tanah

X yah la nk citer banyak2 pasai serai ni, semer2 orang Malaysia pun kenal serai .. mat salleh panggey dia lemongrass, macam-macam dh orang buat ngan serai ni, tomyam la, nasik kerabu la.. dari segi perubatan pun banyak gak duk cerita pasai serai, leh halang dari pertumbuhan sel barah, leh hilang sakit kepala, hilang letih, macam2 lah.. x nak citer banyak2 .. yang panda surf internet boleh surf sendiri.. yang bestnya kawan MARDI bgtaw serai ni salah satu perisa dalam minuman ringan spt coca-cola..
Potensi pasaran untuk serai ni kira makin tinggi, x banyak negara kt dunia ni yang leh tanam serai, negara2 lain nk makan serai kenalah import dari Malaysia, Indonesia, Thailand dn negara2 pengeluar serai lain.. Malaysia ni ciput jer serai yg nk eksport kt dunia.. tu 1 dunia duk minta serai..serai!...serai!!..

Serai ni lak cam2 jenis ada, yang kira glamer serai wangi, serai hijau dan serai peha ayam, macam lagi jenis serai ni.. serai putih la, serai galah, serai kapas.. sesuka hati diaorg jer nak taruk apa2 nama pun, skit lagi ada lak kut serai ct nurhaliza atau serai mawi..

Jadi!.. tup-tap, keliling dunia duk buat research pasal serai ni dan dia nyer potensi yang makin menjadi2, terniatlah dihati nk tanam serai lagi dn lagi dn lagi, pakatlah ngan 2 org kawan bukak ladang serai yang ni pulak.. Projek yang ni special skit sebab, nk buat sendiri dari awal sampai akhir, masuk padang sendiri..kursus xyah lah nk pegi pasal tanam serai, tanya nenek kt kampung pun diorang leh citer camana nk tanam serai.. tp serai ditanam ni untuk komersil, jadi kenalah tajamkan ilmu dengan teknik tertentu supaya menghasilkan hasil yang lumayan.. nk wat bznez beb, bukan nak wat masak tomyam..

Untuk tanam serai ni, xyah nak kalut ribut.. untung paling komang pun 100% daripada pelaburan yang dikeluarkan, ROI (return of investment) 6 bulan..ner ada bzness camni beb.. Jalan jerlah.. xyah nk susah2, tanah terbiar banyak.. usya skit tuan tanah.. kasi terang kt diorang nk clear tanah tanam serai, mesti setuju jerlah diorang tu..agreement kena buatlah...jgn nnt nyesal lak, tanah kena amik balik ngan tuan tanah..

Pembeli lak kena ready, klaw x, taim tuai nnt, x ada sapa nk beli..mampuih..makan serai jerlah pagi petang siang malam..Usya punya usya dgn teknologi elektronik dan mulut ke mulut, adalak buyer local dn luar negeri, cantik dh tu, xyah nk sign 'contract farming' pun.. jalan jer..paling2 x pun pg cari pemborong2 kt pasar borong tu.. bersepah2.. Kira punya kira, fuih untung dasat beb.. sapa2 yg terasa nk buat gak contact citer panjang lebar, leh citer A-Z camana nk buat..simple sangat2..
Kamipn carilah tanah yang baik, dpt pajak 3 ekar tanah, tgk lebih kurang, amik sample tanah, wat masuk makmal, check itu ini.. termasuk wat g jumpa bomoh tu.. orait...semua beres...Sewa satu traktor, bawak masuk ke dalam tapak projek, semak samun mesti kena clear dulu, tinggal pokok2 besar jer.. tanah nk kena nmpk, semua ni boleh usaha sendiri.. 3 ekar ni bukan besar mana pun, org lain boleh buat sampai beratus2 ekar kenapa kita x leh nak buat..mana2 kos yang boleh dijimatkan tu jimatkanlah.. lagi kecik kos lagi besar untung brader.. costing semua kena siap awal2.. ada sapa2 yang nk tgk costing pun saya boleh tunjuk..kita sama2 leh buat projek ni..


Tanah sudah kasi clear, ambil masa lebih kurang 1 hari atau sehari setengah lah...ikut kepakaran pemandu traktor kita tu.. kasi belanja mkn minum, diorang lagi laju wat keja.. sewa pun jadi x mahal klaw masa lg cepta..kena pandai2 lah nk hidup..sama2 nak untung.. kan??

Lepas ni kena tebang pokok lak.. jgn gopoh gapah wat keja.. banyakkan usaha, sabar dn berdoa..Semuga sentiasa berjaya dn diberkati..Aminnn!!..

Orait.. kita sambung lagi pasal serai ni
Kami 3 orang pg pinjam Chain-Saw, nk beli rasanya xyahlah nk buang duit dulu.. ada lak kwn yg baik hati nk bgi pinjam, semuga beliau diberkati Allah, tp Chain-Saw ni ada problem skit, xpalah kami repair, kami pakai, lps tu kami boleh pulangkan dlm keadaan baik.. kami pun baik gak..

Pergilah kami ke tapak projek, berbekalkan semangat yg teguh, melangkah kami ke ladang serai.. klaw Org Islam ada cara nak masuk kebun ni.. Elok baca Surah Fatihah 7 kali semasa melangkah masuk kebun, nak baca ayat yasin pun boleh gak ayat : Ayat 33 - 35 - Elok dijadikan amalan bagi sesiapa yang suka bercucuk tanam. Tanaman akan subur..InsyaAllah..
Ada modal, kalaw rasa malas nk kotorkan tangan dn kaki, bagi kami buat, sediakan apa yang patut.. taim hasil nnt jgnla lak buat derk jer..

Makan potonglah pokok2 besar dalam kebun kami tu, bagi semer2 tumbang, macam2 halangan kecil.. agak2 tumbang kut ni, tetiba tumbang kut sana..dugaan, chain-saw meragam..kena gigit kerengga.. badan bergetar masa duk gergaji, bukan apa, kuat gak getaran chain-saw ni, lenguh2 badan, bergilir2lah kami. Dah agak terang skit kebun tu.. skit lagi akan jadi 1 tanah lapanglah..
Yang bestnya..pokok kelapa!!... hmm.. air kelapa muda, isi kelapa muda, umbut dia..sedapnya. semua fresh dan segar.. x dak nk cmpuq gula, terus minum dari buah dia..terasa cam hang tuah lak semasa nk membuka melaka..mkn lak ngan isi kelapa muda dn umbut kelapa , sedapppp, manisss.. :-)~~ meleleh2 ayaq liuq!..

Ada lg 6-7 batang pokok belum tebang, klaw x ada halangan traktor akan masuk lagi tolak kayu2 ketepi ..InsyaAllah..

1 comment:

tukangkebun said...

Salam bro!
ni first time saya dengar pasal serai hijau ni.. apa bezanya ngan serai peha ayam bro? saya sekarang sedang mengusahakan serai peha ayam di kampung gajah perak. senang-senang surf la: www.tukangkebun.tk