Friday, January 18, 2008

Oh Kilangku!

Semua keta, moto, lori, apa jenis kenderaan yang ada roda jer mesti pakai break lining atau break pad ni.. klaw x pakai kompom x leh break, alamat dia jatuh paritlah, tak pun berdentum2 lah Xsiden sana sini..




Kilang ni dh lama dh ditubuhkan, kecil2 pun janji boleh beroperasi dengan baik dan dengan pulangan yang agak memberangsangkan, kira oklah.

Buat break lining dan break pad ni xder lah susah sangat macam buat kuih masa raya tu jer..tp modal, huyoo, mesin dia bukan main2nyer mesin..kebanyakannya kena import dari luar negara..terutamanya compress machine..

Mai nk citer skit untuk pengetahuan am jer, camana proses membuat break lining/break pad ni, klaw nk detail leh la duduk semeja sembang kedai kopi, xyah lah nak kalut ribut sampai p borak sampai mencecah hotel2.. buang karan jer.. minum teh tarik jer dah RM12.. teh sama gak, susu sama gak..lebih2 ekon dn glamer jerlah.. xyahlah nk glamer2.. bzness skit jer..glamer lebih..

Ok berbalik kepada pembuatan break lining/pad ni.. material merupakan habuk2 khas (nk cerita semua pasai habuk dia ni berjela2lah blog ni). habuk2 khas ni akan dimampatkan dengan menggunakan compress mechine..
Pada peringkat pertama, habuk2 ni di masukkan kedalam mixer, kira kena gaul betul2 habuk ni bagi sebati..lepas tu kita masukkan kedalam acuan, cam buat kuih tu, kita panggey dia pre-moulding.. dh cantekkk dah masukkan dlm acuan, kita compress dia, tekan kuat2 bagi betul2 kuat..ni nak kena pakai mesin compress ni.. kt kilang ni ada 3 mesin compress dengan kapasiti 350 tan..
Dah tu kita bakar dia.. bagi dia kerah..pembakaran ni ada timing dia, lagi lama lagi dia keras, klaw keras sangat daya cengkaman dia akan kurang.. klaw sekejap lak.. break lining ni akan cepat habis.. jadi kesimpulan dia adalah ukuran pembakaran dia.. xleh nk main hentam jer..

Dah cantik dia punya keraih, kita grind lak dia, bagi yng kerutu2 tu licin.. klaw untuk break pad, kenalah gam kat dia punya besi tu.. akhir sekali wat finishing, finishing ni termasuklah mengecat, tebuk lubang kt mana patut untuk masukkan rivet dia..

Kesemua proses ni dilakukan dengan teliti dan mengikut ukuran2 yang tepat..klaw x, banyak masalah timbul masa nak pasang kt kenderaan..silap2 buang jer.. dn kilangku ni akan gulung tikar..

Selain dari Break lining dan break pad.. clutch plate juga dijalankan dengan menggunakan proses yang sama..

Jadinyer nk bgtaw.. kat kilang ni, boleh buat macam2 break lining, break pad dan clutch..mould jer dah ada dekat 200 jenis.. kebanyakan mould break lining yang dh sedia ada adalah untuk kebanyakan lori di Malaysia ni.. Clutch pulak banyak untuk Industrial clutch.. spt mesin kt kilang2 besar tu semua pakai clutch dan break bukan jer kenderaan..

Bagi jer ukuran ataw contoh break lining dn clutch, InsyaAllah kami akan buat mould dia.. dan keluarkan sperti mana spec yang dikehendaki..

X ramai orang buat bznez ni ... jadi klaw sapa2 nak bznez PKkan sesuatu bznez yng lain dari org lain. Dh jadi trend kita skrg ni, org jual nasik lemak, kita nk jual nasik lemak, jd jgn jual nasik lemak, jual nasik x ada lemak.. lebih baik untuk kesihatan, pkKanlah camana nk buat.. perah otak skit..PKkan sesuatu yang unik dan berkesan..

Semuga dicucuri rahmat.. Aminn!




1 comment:

hj norsilan said...

assalamualaikum jaha, tahniah diatas keberanian, kesungguhan dan visi business saudara.

u r 1 in million malay!

regards, pakcik ajie